Pages

Saturday, November 7, 2015

Jogging trail Tanjung Batu, Bintulu

Good scenery, but too many people 
One way 3.6 km

One way 1.15 km

Friday, November 6, 2015

Nothing good from KFC, McDonald

Aku rasa korang tahu sangat macam mana kualiti  makanan served dekat tempat2 macam KFC, McD dan rakan-rakanya. Makanan kt tempat macam ni  MAHAL & tidak sesuai dengan kualiti. You know it but you still buy it & hate it everytime


Saturday, July 11, 2015

Elak menunggu lama di Farmasi Hospital kerajaan

Antara sebab ubat anda lambat disediakan di farmasi ialah:
1. Pesakit terlalu ramai
2. Ubat perlu disediakan dari bahan lain atau bahan mentah
3. Preskripsi tidak lengkap
4. Ubat atau dose yang ditulis (dipreskrib) doktor tidak lengkap atau salah.
5. Preskripsi hilang dalam proses penyediaan ubat (worst case ever)
6. Sebab anda tak gunakan servis lain

1. Pesakit terlalu ramai.
Bagi sesetengah hospital terdapat hari yang mana jumlah pesakit terlalu ramai. Contohnya di hospital saya bekerja jumlah pesakit paling ramai hari Isnin dan Khamis. So untuk mengelakkan masa menunggu yang terlalu lama maka datang lah pada hari lain (i.e Selasa, Rabu, Jumaat).

Selain hari yang sesuai, waktu yang sesuai juga boleh membantu mengurangkan kesesakkan di hospital. Sebagai contoh di hospital saya bekerja, waktu bilangan pesakit tidak ramai ialah sekitar jam 7.30-8.30 am, 1.30pm-2.00pm dan 4.00pm-5.00pm. Waktu ini amat sesuai untuk mengambil ubat sebab anda tak perlu tunggu terlalu lama.

2. Ubat Perlu Disediakan dari Bahan Mentah
Kalau ada ubat perlu dibuat dari bahan mentah atau bahan lain memang lambat la. Nak prepare saja pun ambil dalam 10 minit paling cepat. Itu pun kalau kalau kau sorang saja ada dekat farmasi time tu. bayangkan kalau beratus orang dalam satu-satu masa. So macam mana??
Gambar di atas adalah preparation cream. Lazimnya kat tempat aku bekerja ubat yang kena prepare dari bahan lain/bahan mentah adalah ubat minum (syrup) untuk kanak-kanak dan cream untuk pesakit psoriasis

Caranya kau tanyalah dulu berapa lama boleh siap, kalau dalam 30 minit boleh siap kau tunggu la, itu pun kalau kau mau tunggu. Kalau tidak, pergi la buat aktiviti lain then lepas tu baru datang farmasi ambil ubat.

3. Preskripsi Tidak Lengkap.
Inilah masalah yang paling aku tak suka di farmasi. Disebabkan hal remeh-temeh ni korang kena tunggu lama ataupun korang kena balik jumpa doktor korang balik.

Apa yang dimaksudkan dengan preskripsi yang lengkap?? Preskripsi yang lengkap mesti mempunyai perkara seperti dibawah


  1. Nama pesakit
  2. ID (samaada IC atau ID hospital korang) dan umur
  3. Diagnosis (tak penting sangat so kadang2 farmasi tak kesah pun)
  4. Senarai ubat yang betul
  5. dose yang betul 
  6. frekuensi yang betul (1 kali sehari, 2 kali sehari atau 3 kalau dsb)
  7. Durasi yang betul (1 minggu, 2 minggu, 1 bulan atau 3 bulan)
Sebab korang takda information ni la yang korang kena tunggu lama kat farmasi, at least kalau korang tak pasti ubat, dose,  frekuensi dan durasi make sure benda tu sekurang-kurangnya wujud dalam preskripsi korang dan pastikan nama pesakit dan umur betul (untuk kanak2 kena la tahu berat badan diorang). 

Bersambung...











Kenapa audiance dari "IS..." nak baca BM

Ak ada satu lagi blog dedicated to other issue and interestingly banyak pula audiance dari Israel baca. Blog ak dlm BM kot. I wonder why..???

Sunday, February 15, 2015

Taman Bukit Tawau

Just recently, around the end week of December me and my friend visited Taman Bukit Tawau . Two attractions that we managed to  reach were Bukit Galas Waterfall and tallest tropical tree in the world. These are some of the not so many pictures I have snap during our visit.














Certainly a stunning view, our journey to both of these destination really challenging. I believe not many have reach or wiling to go as far as the Galas waterfall as the trail covered by thicket. It was quite dangerous route, so don't take too much risk if you're alone or with few friends. No one would notice if you gone missing in this wild wood.

Memilih kereta pertama

Banyak juga blogger tulis mengenai kereta petama. Anyway banyak mana sekalipun aku nak tulis juga apakah benda yang aku consider untuk beli kereta. I believe the choice of car should be individualized.  There are no wrong or right into which car you choose.

What’s is your priority

Get your priority right. Ini adalah soalan paling penting atau fundamental. Kita semua mesti jawab soalan ni. Apa yang sebenarnya korang mahu dengan kereta korang. Get your objective very clear atau specific seboleh mungkin.

Contoh priority yang mungkin korang atau orang lain punya:
  1.  Mau kereta baru paling jimat. (harga murah, maintenance murah, insuran murah bla…bla..)
  2. Mau Kereta sesuai dengan tempat korang (e.g korang tinggal di Gunung Kinabalu, kereta apa yang sesuai??)
  3.  Mau second hand cheapest possible
  4. Mau second hand best quality possible
  5. Mau kereta baru high spec, yolah baru sesuai dengan kerjaya/kawan-kawan (beware jangan terlebih berbelanja)
 Bagi aku, aku mahu kereta baru value for money. Objective yang ada sekarang sudah quite specific tapi aku kena pecahkan lagi supaya senang aku nak buat pilihan nanti. Jadi objektif yang dipecahkan ialah:
  1.  Aku kena identify banyak mana duit yang aku sanggup bayar untuk kereta dan pada masa yang sama
  2.  Apakah minimum kualiti/features yang aku expected/mahu dari kereta.

Banyak mana duit yang aku sanggup bayar

Jadi apakah jumlah duit yang korang sanggup bayar?? Jangan hanya lihat kos pada harga kereta OTR sahaja. Aku lebih suka tengok kos kereta pada keseluruhan iaitu:
  1.  Harga kereta (OTR)
  2. Jumlah deposit
  3. Jumlah interest sepanjang durasi loan korang (e.g kalau 9 tahun berapa yang korang bayar extra)
  4.  Interest rate yang bank offer
  5.  Monthly instalment
  6. Maintenance (so agak-agak mahal tak kereta yang aku pilih)
So let say aku nak beli kereta dengan harga RM40000 untuk 5 tahun dengan interest ialah 2.9
Klik untuk zoom in. Aku kira gunakan interest rete 2.9 dan 10% downpayment. Ehem korang tahu tak macam mana nak calculate flat rate interest ni. Ish..ish.. kalau  tak tahu pegi tanya pok cik google 

So jom kita buat satu scenario umum:
  1. Aku beli kereta dengan harga OTR RM 40,000  (downpayment RM4000). Aku buat pinjaman 5 tahun so harga untuk memiliki kereta adalah RM 45, 220. Pada masa yang sama aku kena bayar bulanan RM687/month. (Interest rate aku guna 2.9)
  2. So macam mana kalau korang sanggup tak ??? Kalau gaji aku sebulan RM2500. Selepas tolak instalment bulan2  (RM2500-687) baki ada RM1813. Cukup makan tak RM 1813 sebulan?? (Jangan lupa kira bil internet, sewa rumah, bil elektrik, bil air, duit minyak kereta, duit makan/dapur tiap-tiap bulan, duit anak pegi sekolah 5 hari seminggu , rokok kalau korang perokok tegar)
  3. So kalau ak tak sanggup dengan poket kering setiap bulan ???? Ada 3 option untuk aku dapatkan cashflow bulanan yang slightly tinggi iaitu:
    1.  Extend durasi loan aku kepada 9 tahun supaya instalment setiap bulan jadi RM420 dan aku ada baki RM2080 untuk aktiviti lain (tapi in long term aku bayar extra 23.49% aka RM 9, 356 dalam masa 9 tahun )
    2. Atau pilih kereta yang lebih murah/kereta second hand
    3. Atau bayar deposit tinggi supaya instalment lebih rendah
    4. Depend pada korang personally kalau gaji aku RM2500 aku pilih kereta second hand atau kereta baru yang lebih murah. Blend the choice with your preferances. Tak semestinya korang kena beli kereta low end spec atau second hand.
But It’s always your choice.
Draw the line where your income limit your consumption/expenditure

Thursday, January 22, 2015

Kursus Sains Farmasi USM

Memandangkan proses mengambilan pelajar baru bagi kemasukkan IPTA hampir tiba saya mahu memberi pengenalan kepada kursus sains Farmasi di USM. Saya akan menulis apakah yang anda akan lakukan dengan ringkas dalam kursus sains farmasi pada sesi permulaan pengajian. Saya Berharap artikel ni dapat membantu sedikit sebanyak persoalan anda atau digunakan sebagai panduan. Setelah anda bergraduasi anda akan mendapat ijazah B.Pharm(Hons), USM.

Daftar Kursus
Pada minggu pertama biasanya pelajar akan sibuk dengan pendaftaran kursus. Untuk kursus farmasi USM tidak ada major atau minor (ianya tidak berkenaan). Saya sarankan anda baca buku panduan pelajar supaya anda faham struktur kursus dan syarat pengijazahan. Biasanya pihak fakulti (atau pusat pengajian) sudah sediakan template kursus-kursus yang wajib diambil untuk  4 tahun pengajian. Anda biasanya akan diberi penerangan/taklimat pleh pensyarah pada hari pertama kuliah bermula.

Biasiswa
Pelajar juga selalu bertanyatakan mengenai biasiswa. Semua pelajar Farmasi layak menerima biasiswa dari JPA. Saban tahun pelajar akan ditawarkan dengan biasiswa JPA. Samada mahu mernerima atau tidak hal itu adalah pilihan masing2.

Desasiswa
 Anda tidak perlu risau mengenai asrama sebabnya pelajar tahun 1 akan ditawarkan asrama (USM gunakan nama desasiswa)Anda tidak dapat memilih desasiswa. USM turut meyediakan komuter (Bas Bergerak dalam USM sahaja). Biasanya pelajar baru mudah keliru dengan luluan Bas. Bas sentiasa bergerak dan terdapat waktu dimana pengunaan bas sangat tinggi seperti pada waktu petang atau awal pagi. walaupun kenderaan tidak digalakan sebab kawasan parking biasanya terhad dan kereta hanya melambatkan anda ke kuliah disebabkan kesesakkan dan waktu petang.

Tempat penting
Sebagai pelajar baru anda perlu tahu tempat2 penting seperti DTSP (Dewan Tengku Syead Putra), Dewan Kuliah (X&Y) , Bank (BSN agak isolated dan Bank Islam tidak ada dalam USM), Pejabat Pos, Perpustakaan, Pusat Ko-K dan ATM. Anda juga perlu tahu lokasi makmal. Makmal PPSF agak isolated. Biasanya pelajar baru mudah sesat dalam bangunan tersebut. Lazimnya pelajar-pelajar akan dibawa melawat makmal pada hari taklimat PPSF. Anda juga perlu tahu lokasi pejabat PPSF, dan tempat lain yang relevan dengan kursus sampingan yang anda ambil. Jangan lupa anda juga perlu tahu lokasi klinik kesihatan (Pusat Sejahtera).

Aktiviti KO-K
Biasanya pelajar baru gairah untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulim. Sememangnya banyak pilihan. Tapi janganlah pilih kursus yang akan membebankan anda. Maksudnya kursus-kursus yang akan mengambil banyak masa anda. Melibatkan dengan terlalu banyak aktiviti boleh menganggu pembelajaran anda. Anda perlu memahami jadual anda terlebih dahulu. Antara aktiviti KO-K yang saya TIDAK rekomen untuk pelajar farmasi ialah PELAPES, KOR SUKSIS, Kelana Siswa, St John  serta seumpamanya. Hal ini kerana masa  anda akan banyak dipenuhi dengan aktiviti yang perlu anda libatkan.

Anda juga secara automatik didaftar sebagai ahli persatuan sains farmasi (PSF). PSF menajalankan banyak aktiviti dan kebanyakkannya adalah aktiviti tahunan. Biasanya anda digalakan untuk sertai aktiviti yang dianjurkan oleh PSF. Corak aktiviti PSF biasanya berlaku dalam masa yang singkat. Contonya Pharmatrade dan PharmEx hanya terlihat pada sepanjang minggu konvokasyen. Pharmalyday dan Pharmnight hanya dalam sehari. Jika anda bertuah mungkin dapat melibatkan dalam aktviti peringkat antarabangsa. Walaupun sebenarnya (international event) ia dijalankan setiap tahun (biasanya perlu gunakan wang sendiri). Anda bertuah jika Malaysia menjadi tuan rumah untuk aktiviti angtarabangsa.


Minggu Suaikenal dan S&N Night
Anda juga diwajibkan untuk menyertai Minggu Suaikenal. Tujuan minggu suaikenal adalah membolehkan anda mengeksplorasi USM dan beramah-mesra dengan rakan sekuliah. S&J night adalah malam senior dan junior. Pelajar-pelajar  farmasi sangat rapat antara junior dan senior dan saling membantu. Saya harap pelajar baru jangan mudah berfikir bahawa anda akan digunakan. Saya juga tidak mahu pelajar baru terasa mereka dibuli. Minggu suaikenal PSF bukanlah platform untuk senior memain-mainkan junior. Saya berharap junior dan senior dapat memberikan kerjasama, saling hormat-menghormati.

WIFI USM (USMSecure)
WIFI USM saya grade sebagai sangat bagus jika dibandingkan dengan pelan broadband yang biasa.  USM biasanya block laman web berunsur lucah, file hosting service seperti mediafire, rapidshare, 4share, P2P service seumpamanya. Laman Youtube hanya boleh digunakan pada hari Sabtu dan Ahad. Keyword NARUTO juga diblock. Maksudnya anda tidak boleh membaca manga dan download anime Naruto melalui USMSecure. Anda boleh mendaftar dan gunakan USMSecure melalui USMWireless (gunakan email pelajar dan no IC senagai pass masuk)

Website USM Farmasi http://www.pha.usm.my/
Like PPSF Official Facebook https://www.facebook.com/groups/142480422475477/