Pages

Thursday, January 22, 2015

Kursus Sains Farmasi USM

Memandangkan proses mengambilan pelajar baru bagi kemasukkan IPTA hampir tiba saya mahu memberi pengenalan kepada kursus sains Farmasi di USM. Saya akan menulis apakah yang anda akan lakukan dengan ringkas dalam kursus sains farmasi pada sesi permulaan pengajian. Saya Berharap artikel ni dapat membantu sedikit sebanyak persoalan anda atau digunakan sebagai panduan. Setelah anda bergraduasi anda akan mendapat ijazah B.Pharm(Hons), USM.

Daftar Kursus
Pada minggu pertama biasanya pelajar akan sibuk dengan pendaftaran kursus. Untuk kursus farmasi USM tidak ada major atau minor (ianya tidak berkenaan). Saya sarankan anda baca buku panduan pelajar supaya anda faham struktur kursus dan syarat pengijazahan. Biasanya pihak fakulti (atau pusat pengajian) sudah sediakan template kursus-kursus yang wajib diambil untuk  4 tahun pengajian. Anda biasanya akan diberi penerangan/taklimat pleh pensyarah pada hari pertama kuliah bermula.

Biasiswa
Pelajar juga selalu bertanyatakan mengenai biasiswa. Semua pelajar Farmasi layak menerima biasiswa dari JPA. Saban tahun pelajar akan ditawarkan dengan biasiswa JPA. Samada mahu mernerima atau tidak hal itu adalah pilihan masing2.

Desasiswa
 Anda tidak perlu risau mengenai asrama sebabnya pelajar tahun 1 akan ditawarkan asrama (USM gunakan nama desasiswa)Anda tidak dapat memilih desasiswa. USM turut meyediakan komuter (Bas Bergerak dalam USM sahaja). Biasanya pelajar baru mudah keliru dengan luluan Bas. Bas sentiasa bergerak dan terdapat waktu dimana pengunaan bas sangat tinggi seperti pada waktu petang atau awal pagi. walaupun kenderaan tidak digalakan sebab kawasan parking biasanya terhad dan kereta hanya melambatkan anda ke kuliah disebabkan kesesakkan dan waktu petang.

Tempat penting
Sebagai pelajar baru anda perlu tahu tempat2 penting seperti DTSP (Dewan Tengku Syead Putra), Dewan Kuliah (X&Y) , Bank (BSN agak isolated dan Bank Islam tidak ada dalam USM), Pejabat Pos, Perpustakaan, Pusat Ko-K dan ATM. Anda juga perlu tahu lokasi makmal. Makmal PPSF agak isolated. Biasanya pelajar baru mudah sesat dalam bangunan tersebut. Lazimnya pelajar-pelajar akan dibawa melawat makmal pada hari taklimat PPSF. Anda juga perlu tahu lokasi pejabat PPSF, dan tempat lain yang relevan dengan kursus sampingan yang anda ambil. Jangan lupa anda juga perlu tahu lokasi klinik kesihatan (Pusat Sejahtera).

Aktiviti KO-K
Biasanya pelajar baru gairah untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulim. Sememangnya banyak pilihan. Tapi janganlah pilih kursus yang akan membebankan anda. Maksudnya kursus-kursus yang akan mengambil banyak masa anda. Melibatkan dengan terlalu banyak aktiviti boleh menganggu pembelajaran anda. Anda perlu memahami jadual anda terlebih dahulu. Antara aktiviti KO-K yang saya TIDAK rekomen untuk pelajar farmasi ialah PELAPES, KOR SUKSIS, Kelana Siswa, St John  serta seumpamanya. Hal ini kerana masa  anda akan banyak dipenuhi dengan aktiviti yang perlu anda libatkan.

Anda juga secara automatik didaftar sebagai ahli persatuan sains farmasi (PSF). PSF menajalankan banyak aktiviti dan kebanyakkannya adalah aktiviti tahunan. Biasanya anda digalakan untuk sertai aktiviti yang dianjurkan oleh PSF. Corak aktiviti PSF biasanya berlaku dalam masa yang singkat. Contonya Pharmatrade dan PharmEx hanya terlihat pada sepanjang minggu konvokasyen. Pharmalyday dan Pharmnight hanya dalam sehari. Jika anda bertuah mungkin dapat melibatkan dalam aktviti peringkat antarabangsa. Walaupun sebenarnya (international event) ia dijalankan setiap tahun (biasanya perlu gunakan wang sendiri). Anda bertuah jika Malaysia menjadi tuan rumah untuk aktiviti angtarabangsa.


Minggu Suaikenal dan S&N Night
Anda juga diwajibkan untuk menyertai Minggu Suaikenal. Tujuan minggu suaikenal adalah membolehkan anda mengeksplorasi USM dan beramah-mesra dengan rakan sekuliah. S&J night adalah malam senior dan junior. Pelajar-pelajar  farmasi sangat rapat antara junior dan senior dan saling membantu. Saya harap pelajar baru jangan mudah berfikir bahawa anda akan digunakan. Saya juga tidak mahu pelajar baru terasa mereka dibuli. Minggu suaikenal PSF bukanlah platform untuk senior memain-mainkan junior. Saya berharap junior dan senior dapat memberikan kerjasama, saling hormat-menghormati.

WIFI USM (USMSecure)
WIFI USM saya grade sebagai sangat bagus jika dibandingkan dengan pelan broadband yang biasa.  USM biasanya block laman web berunsur lucah, file hosting service seperti mediafire, rapidshare, 4share, P2P service seumpamanya. Laman Youtube hanya boleh digunakan pada hari Sabtu dan Ahad. Keyword NARUTO juga diblock. Maksudnya anda tidak boleh membaca manga dan download anime Naruto melalui USMSecure. Anda boleh mendaftar dan gunakan USMSecure melalui USMWireless (gunakan email pelajar dan no IC senagai pass masuk)

Website USM Farmasi http://www.pha.usm.my/
Like PPSF Official Facebook https://www.facebook.com/groups/142480422475477/


7 comments:

  1. hai nak tanya sikit..
    i) utk minggu orientasi mahasiswa/i (PPSL) adakah aktiviti camping akan dianjurkan? setahu saya dalam artikel usm aktiviti ppsl melibatkan camping..(perbetulkan sya jika sy salah :) )
    ii) adakah desasiswa dikategorikan mengikut fakulti masing2? (cth: desasiswa saujana utk fakulti sains)
    thanks ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Artikel saya specific pada farmasi , not sure pasal PPSL. Rasa macam tak patut pula buat camping, cuba check lagi gambar hiasan kot, biasa student terlibat camping sebab diorang yang nak join bukan PPSL anjurkan
      2) Kalau ikut pengalaman saya tak semua. Tapi very often ramai juga coursemate akan ada terkumpul dlm satu desasiswa yang sama. Partly bercampur roomate dengan budak course lain. Biasnya sesama agama/budaya.

      Delete
  2. Berapakah jumlah ambilan pelajar setiap tahun bagi program farmasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya 100 ++ across different batch semasa masih belajar (2008~2012). Tatapi hal ini adalah urusan pihak universiti, jadi boleh berubah dari masa ke semasa.

      Delete
    2. Ouhh terima kasih untuk makluman tersebut.

      Delete
  3. Asalamualaikum kak saya nk tanya kos total pharmacy berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak dapat jawab soalan ni...saya zaman saya belajar dah lama. Cuba check website universerti yang awak apply. Kalau nk senang apply biasasiswa. Kalau PTPTN pun ok kalau universiti awam. Sebabnya kalau pinjaman ni lepas keluar universiti memang penat juga nk bayar. Sekarang lepas grad belum tentu dapat masuk traning PRP, bukan mcm zaman saya kerajaan terus absorb saja. Dapat kerja kerajaan tetap pun belum tentu.

      Delete