Pages

Wednesday, June 26, 2013

Belajar Bahasa Cina (LAC100, USM)

Memandangkan pada sem ni saya sangat-sangatlah free jadi saya daftar kursus Bahasa Cina (LAC100) supaya dapat mengisi masa sepanjang semester. Kursus ni basic sahaja tapi cukuplah sekadar pengetahwan. Bagi saya ini pun dah cukup sebab dah tahu bagaimana nak study bahasa cina. Straight to the point kelas ni memerlukan banyak hafalan. Kena hafal chinese character dan hanyu pinyin. "hanyu pinyin" adalah pronounciation guide bagi bahasa cina. Cara membunyikan pinyin adalah sangat berbeza berbanding bahasa Melayu mahupun inggeris. Jadi mindset apabila mahu belajar bahasa cina ialah lupakan pronouciation dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Carilah video bagaimana vokal dan konsonan disebut dalam bahasa cina. Lain-lain perkara seperti yang tone, cara menulis chinese character lebih mudah jika anda mempunyai guru.

Latihan menulis. Pelajar digalakan menulis mengikut stroke order tapi time exam dan kuiz cikgu tak check pun

Dalam kelas LAC100 anda perlu menghafal lebih dari 100 karakter (hampir 150, tapi dekat elearning USM cakap 170) dan sebahagianya adalah ulangan komponen karakter. Bagaimana nak menghafal semua karakter ni.  Guru kelas saya cadangkan supaya buat nota kecil dan tulis seta tampal supaya mudah diingat. Memang ada pelajar study dengan cara tersebut. But It's really not my stlye, I'm kinda malas. Memandangkan saya suka doodling. Jadi biasanya saya doodle chinese character sebagai teknik menghafal. Lepas penuh kedua-dua belah muka surat saya gunakan kertas baru.

Sebahagian dari text yang saya doodle (mcm tak sesuai saja perkataan doodle..hentam sjlah). Scribble kot..partly scribble  sebab banyak juga transfer dari audio.


LAC100 ada textbook tapi nipis saja (34  muka surat inclusive cultural note dan vocabulary). Textbook terdiri dari lapan chapter. Setiap chapter ada dua text atau cerita. So jumlah cerita dalam textbook ialah 8X2=16. No big deal hampir semua cerita pendek-pendek saja. Bagi saya menghafal hampir 150 karakter adalah agak susah jika dibanding dengan menghafal cerita. Jadi saya hafal cerita dan secara automatik dapat recall chinese character. Bila sudah lupa semak sahaja buku teks atau nota

Text 1 bagi chapter 1. Cuma ada 2 character yang anda perlu hafal bagi text ini iaitu  你 (nǐ) dan 好 (hǎo).


Kalau anda malas nak menghafal terdapat satu lagi cara iaitu download audio mp3 cerita tersebut dan dan translate perbualan audio tersebut ke atas kertas anda. Audio boleh download di usm elearning website atau Edomo.

Rutin kelas LAC100 saya ialah mempelajari chinese karakter yang telah ditetapkan semuanya 133 untuk satu semester, belajar menyebut karakter (jadi anda juga pelajari pronounciation dengan betul), belajar menulis bengan betul (stroke order) dan kadang-kadang cikgu cerita la sikit pasal budaya dan origin sesuatu karakter. Chinese character ada sejarah dan evolusinya. Selain itu guru juga akan beri latihan translation dari bahasa melayu/Inggeris ke bahasa cina atau sebaliknya.


LAC100 juga ada mid sem test oral dan bertulis. Oral test inclusive listening dan reading. Takda speaking atau presentation. Walaupun anda dapat skor A dalam kelas LAC100 there is still long way to go before you would be able to read newspaper i presume. Maybe you might be able to speak or understand mandarin as well along the way. Yang penting jika anda berminat, mesti ingat untuk memilih group (mengikut masa dan jadual yang sesuai) pada hari pertama pembukaan semester di pusat bahasa. Kalau tidak masuklah anda kemana-mana group yang clash dengan kelas anda yang lain.

Shaolan: Learn to Read Chinese with Ease | sangat kreatif dan dapat membantu 

Wednesday, June 5, 2013

Inkscape & GIMP: Perisian untuk rekaan grafik

Saya bukan mahir dalam designing tapi cuma mahu berkongsi maklumat mengenai perisian open source yang boleh digunakan dalam rekabentuk grrafik. Seperti kebiasaan pelajar di universiti banyak terlibat dalam pembentangan projek, tugasan dan seumpamanya. Reka bentuk sesuatu tugasan seperti poster atau leaflet mudah dilakukan dengan MS powerpoint, MS word atau MS Publisher sahaja. Walaupun begitu anda boleh lebih bebas berkreatif dengan tools yang terdapat dalam perisian seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, GIMP Editor, Inkscape mahupun Adobe Indesign. Dalam Entry ini saya perkenalkan Inkscape dan GIMP sebagai perisian untuk rekabentuk grafik.

Workspace bagi Adobe Photoshop CS6


Inkscape & GIMP
Kedua-dua perisian ini boleh digunakan dalam rekabentuk grafik atau apa jua yang berkaitan dengan desigining. Anda mungkin pernah gunakan produk Adobe seperti Adobe Photoshop dan Illustrator. Kedua-dua perisian kormesial ini sangat mahal. Alternatifnya ialah GIMP bagi Adobe Photoshop dan Inkscape bagi Adobe Illustrator.


Inkscape merupakan perisian vector grafik. Software ini sesuai digunakan untuk rekabentuk logo atau apa jua yang tidak melibatkan manipulasi pixel. Artwork yang dihasilkan dengan teknik vektor grafik sangat berkualiti tinggi kerana hasil rekaan tidak berubah walaupun dibesarkan dengan skala berkali ganda.

Workspace bagi Inkscape

GIMP pula merupakan perisian manipulasi imej dan mempunyai tools yang hampir sama dengan Adobe Photoshop. Jika anda adalah penguna kompetan atau mahir perisian Photoshop, anda tidak akan punyai masalah untuk beralih dari perisian Adobe kepada keua-dua perisian open source ini. Hal demikian kerana terdapat banyak persamaan tools yang terdapat dalam GIMP dengan Photoshop.

Workspace bagi GIMP Editor


Produk Adobe mempunyai fungsi yang canggih tetapi kos yang terlalu tinggi tidak mengizinkan banyak penguna untuk membeli produk mereka. Adobe juga telah berusaha membanteras perisian cetak rompak (software piracy), jadi setiap keluaran akan membendung penggodam untuk melepasi sekuriti. Selain itu perisian Adobe  memerlukan prestasi komputer yang agak tinggi. Misalnya laptop Dell saya hanya mengunakan processpr Intel 2 Core  dan kapasiti 4G RAM yang dibeli pada hujung 2008. Produk CS5 sahaja sudah cukup perlahan memuat masuk, apatah lagi produk keluaran terbaru.

Kualiti artwork dari Inskcape dan GIMP bergantung kepada kemahiran penguna dalam perisian ini bagi menjalankan tugas atau sesuatu artwork dengan efisyen. Pada pandangan saya ini bukanlah masalah bagi kebanyakkan penguna. Sais installer bagi kedua-dua perisian adalah kecil dan ia juga tidak memerlukan prestasi komputer yang tinggi.

Ini merupakan website bagi Inkscape (http://inkscape.org/) dan GIMP (http://www.gimp.org/).

Wednesday, May 15, 2013

Lucid dream: memanipulasi mimpi


Lucid dream ialah keadaan dimana anda sedar anda sedar bermimpi. Keadaan ini membolehkan anda memanipulasi mimpi anda. Ikuti video berikut..



Tuesday, April 2, 2013

Sengaja mengemis

Semenjak akhir-akhir ini saya selalu pergi ke pasar malam untuk beli makanan. Di penang saya lihat banyak peminta sedekah di pasar-pasar malam. Suasana ini agak berlainan berbanding pasar malam di tempat asal saya.


Gambar hiasan

Mereka ini seolah dikenali oleh orang sekitar kawasan tersebut dan mempunyai keluarga. Sebabnya, saya pernah lihat mereka bertanya kabar seolah orang tersebut adalah bersaudara mereka sendiri. Saya juga berfikiran mereka juga mempunyai ahli keluarga yang mampu menangung makanan dan minum mereka.

Sebahagian daripada mereka seolah sengaja mengemis. Sebabnya, dari segi fizikal mereka berkemampuan berkerja dan saya berpendapat mereka mempunyai keluarga berhampiran tempat mereka tinggal.

Sekiranya mereka yang uzur ini memang tidak diendahkan oleh ahli keluarga saya berasa amat sedih dan kecewa dengan saudara mara yang bersikap demikian.


Gambar hiasan

Raut wajah mereka mengingatkan saya pada orang-orang yang saya kenal. Kebanyakan sudah kembali kepada Maha Pencipta. 


Wednesday, March 27, 2013

Sayang parti, biarpun salah

Sangatlah mendukacitakan bila kita melihat pada gelagat orang yang sangat suka pada politik. Sangup menfitnah, sangup berbohong, sangup memukul.

Bila terlalu sayang parti, bila terlalu taksub pada parti. kita menjadi BUTA. Apa yang benar dilihat palsu, apa yang haram dilihat halal. yang benar pula dilihat palsu.

Mana pergi ilmu yang kita mentelaah dan cari selama ini. Mana pergi permikiran rasional. Permikiran bedasarkan fakta dan diduksi.

Thursday, February 28, 2013

Kafe Indah Kembara, USM: Murahnye...

Semenjak tinggal di Penang takda lagilah aku jumpa mana-mana kedai yang jual makanan semurah kafe Indah Kembara (IK). Kalau diikutkan selera biasanya aku makan tempat yang sedap-sedap saja, mahal murah tu lain cerita.

Makanan nak nak cakap sedap takdalah. Kalau dari segi skala 1 sampai 5, aku bagi 3 saja. Banyak juadah yang boleh dipilih, so pilihlah yang boleh dmakan sampai menjilat jari. Ni aku bagi sikit sedutan harga makanan yang biasa aku dapat

1) Nasi + telur + sayur + sosej = RM 1.70
2)Nasi + ayam goreng + 2 sosej + sayur = RM 3.30
3) Nasi + ayam + sayur = RM 2.30

Kafe IK ni tersembunyi sikit. Terletak belakang Pejabat KOR SUKSIS USM dan bersebelahan asrama IK lelaki


Nampak orang tengah beratur nak bayar & memilih lauk pauk?

Time 1st year & 2nd year selalu juga aku makan kt IK. Lepas bayar duduk kt meja makan pastu start sembang pasal harga. 

A: "Ko kena berapa ringgit"
B: "1.70 sen"
A: "Murah gila"

Ini la keja sebelum makan, dah berkali-kali makan kt IK dok cakap pasal harga...harga..

Tengoklah review kt Foursquare ni Review Kafe IK


Saturday, January 5, 2013

Trend Facebook: Gambar bayi alami kenser

Selalu juga bila scroll tru facebook terjumpa gambar bayi mengalami kenser. Perasaan saya berbelah bahagi samada patutkah gambar tersebut dishare atau tidak. 

Saya berpandangan gambar tersebut tidak patut dishare jika  ia tidak mendapat consent seluruh ahli keluarga. Gambar  tersebut hanya akan menyentuh perasaan keluarga pesakit pada masa hadapan. Setiap induvidu juga perlu faham kenser bukannya penyakit yang mudah disembuhkan.

Sekiranya gambar itu mendapat consent keluarga saya berpendapat kita patut mendoakan ketenangan untuk ahli keluarga bayi tesebut, mengurangkan penderitaan bayi, mengurangkan bebanan keluarga dan dengan izin Allah penyembuhkan penyakit tersebut.