Pages

Wednesday, June 5, 2013

Inkscape & GIMP: Perisian untuk rekaan grafik

Saya bukan mahir dalam designing tapi cuma mahu berkongsi maklumat mengenai perisian open source yang boleh digunakan dalam rekabentuk grrafik. Seperti kebiasaan pelajar di universiti banyak terlibat dalam pembentangan projek, tugasan dan seumpamanya. Reka bentuk sesuatu tugasan seperti poster atau leaflet mudah dilakukan dengan MS powerpoint, MS word atau MS Publisher sahaja. Walaupun begitu anda boleh lebih bebas berkreatif dengan tools yang terdapat dalam perisian seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, GIMP Editor, Inkscape mahupun Adobe Indesign. Dalam Entry ini saya perkenalkan Inkscape dan GIMP sebagai perisian untuk rekabentuk grafik.

Workspace bagi Adobe Photoshop CS6


Inkscape & GIMP
Kedua-dua perisian ini boleh digunakan dalam rekabentuk grafik atau apa jua yang berkaitan dengan desigining. Anda mungkin pernah gunakan produk Adobe seperti Adobe Photoshop dan Illustrator. Kedua-dua perisian kormesial ini sangat mahal. Alternatifnya ialah GIMP bagi Adobe Photoshop dan Inkscape bagi Adobe Illustrator.


Inkscape merupakan perisian vector grafik. Software ini sesuai digunakan untuk rekabentuk logo atau apa jua yang tidak melibatkan manipulasi pixel. Artwork yang dihasilkan dengan teknik vektor grafik sangat berkualiti tinggi kerana hasil rekaan tidak berubah walaupun dibesarkan dengan skala berkali ganda.

Workspace bagi Inkscape

GIMP pula merupakan perisian manipulasi imej dan mempunyai tools yang hampir sama dengan Adobe Photoshop. Jika anda adalah penguna kompetan atau mahir perisian Photoshop, anda tidak akan punyai masalah untuk beralih dari perisian Adobe kepada keua-dua perisian open source ini. Hal demikian kerana terdapat banyak persamaan tools yang terdapat dalam GIMP dengan Photoshop.

Workspace bagi GIMP Editor


Produk Adobe mempunyai fungsi yang canggih tetapi kos yang terlalu tinggi tidak mengizinkan banyak penguna untuk membeli produk mereka. Adobe juga telah berusaha membanteras perisian cetak rompak (software piracy), jadi setiap keluaran akan membendung penggodam untuk melepasi sekuriti. Selain itu perisian Adobe  memerlukan prestasi komputer yang agak tinggi. Misalnya laptop Dell saya hanya mengunakan processpr Intel 2 Core  dan kapasiti 4G RAM yang dibeli pada hujung 2008. Produk CS5 sahaja sudah cukup perlahan memuat masuk, apatah lagi produk keluaran terbaru.

Kualiti artwork dari Inskcape dan GIMP bergantung kepada kemahiran penguna dalam perisian ini bagi menjalankan tugas atau sesuatu artwork dengan efisyen. Pada pandangan saya ini bukanlah masalah bagi kebanyakkan penguna. Sais installer bagi kedua-dua perisian adalah kecil dan ia juga tidak memerlukan prestasi komputer yang tinggi.

Ini merupakan website bagi Inkscape (http://inkscape.org/) dan GIMP (http://www.gimp.org/).

No comments:

Post a Comment