Pada hujung tahun 2019 saya mendapat panggilan dari adik dan kakak saya berkenaan kesihatan ayah. Setelah mendengar jalan cerita, saya mempunyai kebimbangan yang ayah mungkin menghidapi kenser. Pada masa tersebut saya bekerja unit Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) dan sangat biasa jalan cerita seperti kes yang dihadapi ayah. Semasa kejadian saya bekerja di Sarawak dan ayah pula di Kedah. Dalam keadaan tersebut yang termampu saya buat adalah memberi nasihat yang di mana yang perlu. Kebanyakkan kesihatan ayah diuruskan adik beradik saya di kampung.
Dilemma.
Saya berasa serba salah tinggal jauh dan tidak dapat selalu balik kampung. Saya berfikir apa yang saya mampu buat pada daya saya hanya memberi nasihat untuk adik-beradik lain supaya lebih mudah melalui sistem hospital. Setiap kali saya berpeluang balik kampung saya akan semak semula nota discharge dari hospital dan pelan-pelan oleh pakar unit onkologi hospital. Tentu saja saya bersetuju dengan rancangan rawatan oleh pihak hospital dan kumpulan yang sangat mahir. Mereka cuba beri yang terbaik.
Berpindah ke semenanjung
Alhamdullilah pada pertengahan Mac 2021 permohonan pertukaran ke semenanjung Malaysia berjaya. Tetapi saya bekerja di Kuala Lumpur memandangkan isteri saya sememangnya bekerja disana. Covid-19 melanda dan seluruh Malaysia lockdown. Cuti rehat pula kena block!!!
Pada masa yang sama kesihatan ayah semakin merosot. Pada masa ini jika ada saja perubahan kesihatan ayah, saya akan cuba untuk mohon balik kampung. Saya pergi ke balai polis dengan megunakan laporan perubatan ayah untuk mohon merentas negeri semasa PKP. Saya juga risau kalau saya membawa balik virus Covid-19 ke kampung. Dapat tengok ayah sekejap pun jadilah. Gambar dan video call tak sama dengan berjumpa sendiri, lagipun mak dan ayah tak biasa teknologi begini. Nak bersembang sekejap saja jadilah.
Yang terbaik bukan apa yang hospital cadangkan, tapi apa yang ayah mahu.
Saya sedia maklum bahawa ayah berada dalam rawatan paliatif (paliative care) sejak pelan rawatan pertama oleh unit onkologi Hospital Pulau Pinang. Maksudnya rawatan yang diberi hanya untuk mengurangkan beban kenser ayah. Pakar onkologi sangat biasa dengan keadaan pesakit seperti ayah. Mereka tidak berjanji ayah akan sembuh. Sekurang-kurangnya beban kesakitan ayah dapat dikurangkan.
Pada suatu hari ayah sudah tak mahu ikut appointment hospital. Dia nak cuba rawatan lain. Saya diberitahu adik, doktor dari unit onkologi katakan kalau ayah tak mahu rawatan chemotherapy lagi pun tak apa memandangkan chemotherapy tidak lagi memberi kesan positif kepada ayah. Pendemik Covid-19 pula membuatkan temujanji dan rawatan ayah lebih menyusahkan.
Saya cuba pujuk ayah untuk pergi hospital semasa balik kampung. Tak nak sambung chemotherapy pun tak apa. Pergi ambil ubat tahan sakit pun cukuplah. Pesakit kenser seperti ayah memang akan mengalami sakit yang sangat teruk. Sebab itu ada ubat tahan sakit yang khusus untuk pesakit kenser seperti morphine, oxycodone dan lain-lain.
Ayah dah penat pergi hospital. Saya akur juga dengan kehendak ayah. Apa yang saya mahukan untuk ayah atau apa yang yang adik beradik lain mahukan tidak lagi relevan. Apa yang penting adalah apa yang ayah mahu. Kalau ayah tak suka pergi hospital, itulah yang terbaik untuk ayah. Itulah asas penjagaan paliatif & hopsis untuk pesakit seperti ayah. Kita turuti sahaja kehendak pesakit. Kalau pesakit nak balik rumah. Biarkan saja pesakit balik. Dia lebih gembira di rumah. Kita buat apa yang pesakit suka, bukan apa yang kita rasa baik untuk pesakit.
Kali terakhir bertemu ayah.
Pada awal Januari 2021 saya balik kampung untuk majlis perikahan adik. Suatu petang ayah mengalami sakit yang teruk sangat. Mak & kak beritahu ini bukan kali pertama. Kami adik beradik membaca yasin beramai2, mak pula cuba untuk tenangkan ayah dan kalimah syahadah pula berkali2 diajarkan. Kaki ayah sejuk...tangan ayah sejuk..sakitnya ayah memang tak dapat digambarkan. Saya bersedia untuk apa2 kemungkinan yang berlaku. Setelah beberapa ketika ayah ayah nampak semakin pulih. Alhamdulillah ayah semakin pulih dari kegeringan teramat sangat.
Setelah selesai majlis pernikahan dan kenduri adik saya. Pada hari ketiga saya mula berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Hati saya tidak tenang tinggalkan kampung. Fungsi buat pinggang ayah merosot sejak beberapa minggu yang lalu, ayah nampak dehydrated, pernafasan ayah lebih laju dari kunjungan saya yang lepas. Saya memohon doa setiap kali selepas solat, diredhai & diampun dosa kedua ibu bapa, ketenangan seluruh keluarga menghadapi ujian, kesakitan ayah dikurangkan & dengan izin disembuhkan. .
22 Januari 2021.
Pada malam 10:20pm saya menerima berita pemergian ayah. Perasaan saya luluh, tetapi saya menahan sebak dan berehat dengan cukup. Sebelum sebuh saya ke balai polis wangsa maju untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri. Dalam perjalanan saya hanya mahu ketenangan. Saya tahu ayah sudah tiada lagi. Semasa saya tiba di tanah perkuburan, semua urusan pengebumian sudah selesai. Setelah selesai menziarahi purasa ayah saya pulang ke rumah. Mak dan adik beradik yang lain mereka kehilangan insan yang sama. Saya tidak mahu balik menambah kesedihan untuk mereka semua.
Walaupun saya boleh baca air muka masing2 kemurungan, kami tetap boleh bersembang, bergurau, ketawa. Bukannya tidak ada perasaan tapi hanya mahu melihat masing2 masih punyai kekuatan.
No comments:
Post a Comment