Pages

Saturday, February 13, 2021

Hari terakhir ayah: 22 Januari 2021

Pada hujung tahun 2019 saya mendapat panggilan dari adik dan kakak saya berkenaan kesihatan ayah. Setelah mendengar jalan cerita, saya mempunyai kebimbangan yang ayah mungkin menghidapi kenser. Pada masa tersebut saya bekerja unit Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) dan sangat biasa jalan cerita seperti kes yang dihadapi ayah. Semasa kejadian saya bekerja di Sarawak dan ayah pula di Kedah. Dalam keadaan tersebut yang termampu saya buat adalah memberi nasihat yang di mana yang perlu. Kebanyakkan kesihatan ayah diuruskan adik beradik saya di kampung.

Dilemma.

Saya berasa serba salah tinggal jauh dan tidak dapat selalu balik kampung. Saya berfikir apa yang saya mampu buat pada daya saya hanya memberi nasihat untuk adik-beradik lain supaya lebih mudah melalui sistem hospital. Setiap kali saya berpeluang balik kampung saya akan semak semula nota discharge dari hospital dan pelan-pelan oleh pakar unit onkologi hospital. Tentu saja saya bersetuju dengan rancangan rawatan oleh pihak hospital dan kumpulan yang sangat mahir. Mereka cuba beri yang terbaik.

Berpindah ke semenanjung

Alhamdullilah pada pertengahan Mac 2021 permohonan pertukaran ke semenanjung Malaysia berjaya. Tetapi saya bekerja di Kuala Lumpur memandangkan isteri saya sememangnya bekerja disana. Covid-19 melanda dan seluruh Malaysia lockdown. Cuti rehat pula kena block!!!

Pada masa yang sama kesihatan ayah semakin merosot. Pada masa ini jika ada saja perubahan kesihatan ayah, saya akan cuba untuk mohon balik kampung. Saya pergi ke balai polis dengan megunakan laporan perubatan ayah untuk mohon merentas negeri semasa PKP. Saya juga risau kalau saya membawa balik virus Covid-19 ke kampung. Dapat tengok ayah sekejap pun jadilah. Gambar dan video call tak sama dengan berjumpa sendiri, lagipun mak dan ayah tak biasa teknologi begini. Nak bersembang sekejap saja jadilah. 

Yang terbaik bukan apa yang hospital cadangkan, tapi apa yang ayah mahu.

Saya sedia maklum bahawa ayah berada dalam rawatan paliatif (paliative care) sejak pelan rawatan pertama oleh unit onkologi Hospital Pulau Pinang. Maksudnya rawatan yang diberi hanya untuk mengurangkan beban kenser ayah. Pakar onkologi sangat biasa dengan keadaan pesakit seperti ayah. Mereka tidak berjanji ayah akan sembuh. Sekurang-kurangnya beban kesakitan ayah dapat dikurangkan.

Pada suatu hari ayah sudah tak mahu ikut appointment hospital. Dia nak cuba rawatan lain. Saya diberitahu adik, doktor dari unit onkologi katakan kalau ayah tak mahu rawatan chemotherapy lagi pun tak apa memandangkan chemotherapy tidak lagi memberi kesan positif kepada ayah. Pendemik Covid-19 pula membuatkan temujanji dan  rawatan ayah lebih menyusahkan.

Saya cuba pujuk ayah untuk pergi hospital semasa balik kampung. Tak nak sambung chemotherapy pun tak apa. Pergi ambil ubat tahan sakit pun cukuplah. Pesakit kenser seperti ayah memang akan mengalami sakit yang sangat teruk. Sebab itu ada ubat tahan sakit yang khusus untuk pesakit kenser seperti morphine, oxycodone dan lain-lain. 

Ayah dah penat pergi hospital. Saya akur juga dengan kehendak ayah. Apa yang saya mahukan untuk ayah atau apa yang yang adik beradik lain mahukan tidak lagi relevan. Apa yang penting adalah apa yang ayah mahu. Kalau ayah tak suka pergi hospital, itulah yang terbaik untuk ayah. Itulah asas penjagaan paliatif & hopsis untuk pesakit seperti ayah. Kita turuti sahaja kehendak pesakit. Kalau pesakit nak balik rumah. Biarkan saja pesakit balik. Dia lebih gembira di rumah. Kita buat apa yang pesakit suka, bukan apa yang kita rasa baik untuk pesakit.

Kali terakhir bertemu ayah.

Pada awal Januari 2021 saya balik kampung untuk majlis perikahan adik. Suatu petang ayah mengalami sakit yang teruk sangat. Mak & kak beritahu ini bukan kali pertama. Kami adik beradik membaca yasin beramai2, mak pula cuba untuk tenangkan ayah dan kalimah syahadah pula berkali2 diajarkan. Kaki ayah sejuk...tangan ayah sejuk..sakitnya ayah memang tak dapat digambarkan. Saya bersedia untuk apa2 kemungkinan yang berlaku. Setelah beberapa ketika ayah  ayah nampak semakin pulih. Alhamdulillah ayah semakin pulih dari kegeringan teramat sangat. 

Setelah selesai majlis pernikahan dan kenduri adik saya. Pada hari ketiga saya mula berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Hati saya tidak tenang tinggalkan kampung. Fungsi buat pinggang ayah merosot sejak beberapa minggu yang lalu, ayah nampak dehydrated, pernafasan ayah lebih laju dari kunjungan saya yang lepas. Saya  memohon doa setiap kali selepas solat, diredhai & diampun dosa kedua ibu bapa, ketenangan seluruh keluarga menghadapi ujian, kesakitan ayah dikurangkan & dengan izin disembuhkan. .

22 Januari 2021. 

Pada malam 10:20pm saya menerima berita pemergian ayah. Perasaan saya luluh, tetapi saya menahan sebak dan berehat dengan cukup. Sebelum sebuh saya ke balai polis wangsa maju untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri. Dalam perjalanan saya hanya mahu ketenangan. Saya tahu ayah sudah tiada lagi. Semasa saya tiba di tanah perkuburan, semua urusan pengebumian sudah selesai. Setelah selesai menziarahi purasa ayah saya pulang ke rumah. Mak dan adik beradik yang lain mereka  kehilangan insan yang sama. Saya tidak mahu balik menambah kesedihan untuk mereka semua. 



Walaupun saya boleh baca air muka masing2 kemurungan, kami tetap boleh bersembang, bergurau, ketawa. Bukannya tidak ada perasaan tapi hanya mahu melihat masing2 masih punyai kekuatan. 



أَنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَىْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى…فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ

Sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang telah diambil dan kepunyaan-Nya segala yang telah diberi dan bagi setiap sesuatu di sisi-Nya mempunyai tempoh yang tertentu…bersabarlah dan haraplah pahala daripada Allah.

Riwayat Al-Bukhari (7377)

Friday, February 12, 2021

Technical diving tetapi mungkin tidak berbaloi

Setelah beberapa ketika scuba diving saya ada berfikir untuk mempelajari technical diving. Walaupun begitu technical diving sebenarnya tidaklah begitu berbaloi jika dilihat dari beberapa aspek. Salah satu sebab adalah tidak banyak hidupan menarik pada kedalaman technical diving iaitu lebih dari 40m. Sebabnya coral memerlukan cahaya matahari untuk hidup subur. Hal ini pada asasnya pengetahuan umum untuk semua diver2.
 
Kos untuk training juga tinggi dan tidak banyak dive centre yang offer course technical diving. Antara dive centre yang tawarkan course technical diving adalah Viking Scuba Dungun , Octo Diver Pulau Perhentian, Nomad Scuba Ampang, iDiver Shah Alam dan B&J Dive centre Pulau Tioman.



Peralatan yang diperlukan untuk selaman juga perlu diambil kira dalam jika merancang kos.
  1. Bottom gas mix cost
  2. Travel gas mix cost (in extremely deep dive where gas switch required before bottom gas suitable for use)
  3. Deco gas cost
  4. Guide fee
  5. Tank rental e.g twin tank, sidemount
  6. Equipment rental if you don't have one, e.g oxygen serviced regulator, sidemount BCD, twink tank or even rebreather.
  7. Macam2 lagi seperti sewa boat, traveling cost.





Masa tidak mengizinkan.

Isu yang agak besar pada pandangan dan saya ingin ketengahkan disini juga adalah decompression stop yang terlalu lama untuk technical diving. Sebagai contoh (dengan mengunakan IANTD Air table) jika saya mahu lakukan diving pada kedalaman 30 meter untuk 40 minit saya perlu buat decompressoin stop selama 26 minit (1 minit pada 9m, 3 minit pada 6m dan 22 minit pad 4.5m) . Oleh sebab itu jumlah masa saya di dalam air ialah 40 minit + 26 minit = 66 minit.




Saya juga boleh memilih untuk melakuan accelerated decompression dengan mengunakan nitrox 50% seperti yang terdapat dalam gambar rajah di atas. Dengan mengunakan nitrox 50% masa decompression juga lebih pendek (1 minit pada 9 meter, 3 minit pada 6m dengan EAN50, 14 minit pada 4.5m dengan EAN50 = 18 minit). Untuk mengunakan nitrox dengan oxygen lebih dari 40% hingga 100% saya perlu memiliki lesen Advance Nitrox Diver

Contoh di atas saya ambil pada kedalaman 30m. Dimana no decompression limit (NDL) adalah selama 17 minit berdasarkan IANTD air table. Jadi bagaimana dengan kedalaman melebihi 40m? Tentulah NDL lebih pendek & decompression stop lebih lama!!!. Ini guna boleh dijadikan peringatan untuk diver2 di luar sana bahawasanya single tank adalah adalah berisiko untuk deep diving pada kedalaman 40m. 

Pada masa sekarang organisasi IANTD meyediakan lesen Recreational Trimix Diver dimana seorang diver boleh mengunakan kombinasi oxygen, helium & nitrogen untuk menyelam pada kedalaman dan durasi recreational diver. Dengan mengantikan nitrogen dengan helium risiko nitrogen narcosis dapat dikurangkan.




Dengan mengunakan trimix 35/15 (35% oxygen, 15% helium dan bakinya nitrogen) masa decompression stop pada kedalaman 30m dengan durasi 40 minit hanya 8 minit dan jika mengunakan Nitrox 50% masa decompression stop dikurangkan kepada 4 minit.



Recreational Trimix belum popular

Walaupun begitu recreational trimix nampaknya belum popular dikalangan recreational diver. Antara organisasi yang menawarkan course Recreational Trimix diver adalah IANTD dan CMAS. Di Malaysia sebagai contoh i-Diver Shah Alam mempunyai instructor yang boleh menawarkan lesen Recreational Trimix Diver.
 

Mungkin tidak berbaloi

Dengan masa yang diperlukan untuk decompresson stop yang lama, diving pada kedalaman technical diving hanya sesuai dengan Trimix. Berapa ramai pula diver yang mempunyai lesen untuk dive dengan trimix? Bagaimana pula dengan kos2 besar yang terlibat semasa technical diving. Tentu sekali saya tidak bersedia. Last sekali kalau tak ada buddy, nak dive dengan siapa?

Saya sertakan juga IANTD table untuk Air dan Trimix 32/15 kalau anda berminat untuk melihat sendiri.