Pages

Friday, January 19, 2018

Rutin Kehidupan sebelum internet & kemasukkan internet.

Ak lahir pada tahun 1989 dan umur aku semasa menulis artikel ni 29 tahun. Ak teringat macam mana kehidupan sebelum internet. Ak dapat merasa juga kehidupan sebelum internet masa kecil, tapi sekarang banyak dah berubah. Aku cuma dapat decsribe kehidupan sebagai kanak-kanak saja. Dh besar ni tangan taip keyboard kalau bukan dengan handphone.

Semasa kecil rumah aku ada TV, jadi memang ada masa aku spend tengok TV

1-4 tahun

Aku tak dapat ingat sangat apa aku buat masa ni. Umur macam ni cakap pun tak berapa betul lagi. . Masa umur dalam 4-5 tahun ak tinggal dengan nenek dalam satu period of time. Di rumah biasa main pasir/tanah depan rumah. Makan nenak panggil dan kadang makan pun nenek suapkan. Apa yang ingat masa kecil adalah main tanah/pasir dekat sebelah rumah nenek. Mainan (lori, pistol, senapang) tak ada pun masa kecil dulu. Semua guna imginasi. Daun manggis dengan kopi pun ak boleh imagine sampan dan dinesour. Buat pedang dari batang daun palas dan batang pokok betik.



Jarang dapat mainan masa kecil. Kadang-kadang ayah aku beli juga mainan. Tapi imaginasi yang paling penting, lebih besar pentingnya dari barang mainan, everything possible. Batang kayu boleh jadi naga, botol minuman boleh jadi kapal selam. Masa kecil dulu pokok depan rumah jadi mangsa, habis aku petik nak main punya pasal. 

Sekolah rendah
Masa sekolah rendah dah ada ramai kawan. Masa ni mula main dengan jiran. Main 'tuju kasut', 'aci krim'. Badminton, bola main juga tapi yang ni mostly dengan adik-beradik sendiri dan jiran sebelah rumah. kalau musin wau, aku pergi 'bendang' tengok orang main wau. Pernah juga ada wau sendiri. Tapi tak tahan lama pun.  

11- 12 tahun
Masa ni computer game dah masuk pasaran di tempat tinggal aku. Memang selalu juga aku pergi main game masa ni. 1 Jam 1 ringgit. Game yang paling aku ingat adalah counter-strike & Red Alert. 

Masa ni pun masih budak2 so pergi juga mandi sungai & bendang. 

13 - 17 tahun
Sekolah menengah tinggal di asrama. So boleh tengok TV seminggu sekali sahaja. Rutin budak asrama biasanya selepas habis kelas, makan > mandi > kena study...study..study (padahal sembang2 kebanyakkan budak2 asrama). Kalau ada aktiviti kena follow, no excuse. Petang main bola sepak, bola baling, bola tampar, badminton. Cuti sekolah kena kerja menjual di pasar malam dengan mak & ayah. Masa ni internet dah membangun la sikit. Kalaupun masa ni masih slow internet connection. Aku minta UPU & matrikulasi sudah start mohon melalui internet. 

18-19 tahun (1 tahun matrikulasi)
Masuk matrikulasi memang kerja aku study...study..study. Sapa yang pernah lalui hidup matrikulasi mesti faham. Hari2 penyarah dok bom pasal CGPA 4.0 saja. Aku masa ni tak ada handphone, tak ada laptop/computer. Hampir habis matrikulasi permohonan masuk universiti boleh dikatakan almost 100% melalui online. Masa ni aku tak guna sangat internet. Harapkan buku rujukkan yang aku beli, & nota lecture yang aku dapat. 

19 -23 tahun (Universti)
Masa di universiti lah aku dapat rasa kemajuan internet. Pada tahun pertama internet di desasiswa Tekun USM memang sangat slow, memang menjadi buah mulut orang masa ni. Masuk tahun 2 USM upgrade internet dan majoriti dapat connection sangant lagu. So bermula juga zaman2 mendownload movie and drama sampai tak ingat dunia. Masa ni internet pun dah canggih & content2 mudah cari. So agaknya di sini guna zaman copy & paste. Maybe masa ni jugala bermula kelahiran keyboard warrior seiring dengan sambutan terhadap facebook. Agaknya masa ni juga tunas masalah social anxiety. Tak pandai nak bersembang & beramah mesra. 


iPhone mula dipasarkan & bermulnya kegilaan smartphone & apps. Semua orang nak miliki handphone masa ni. 

By the time aku 3rd year di universiti boleh dikatakan kehidupan pengguna internet masa tu hampir sama dengan sekarang. Keyboard warrior dah berleluasa. Artikel2 fitnah di internet dan bermacam2 kebaikkan dan keburukkan internet yang kita tahu sekarang. 

No comments:

Post a Comment