Pages

Saturday, November 11, 2017

Pulau Manukan

Yang kali kedua aku pergi pulau manukan. First time masa 2014 aku dengan kawan turun ke KK dari Keningau. Yang 2nd ni kira macam lepas gian 😵😵 sebab masa tu lama tak diving. Murah ja nak pegi Pulau Manukan hanya RM30++ pergi dan balik. Kat sana ada banyak aktiviti boleh buat, aku cuma pergi snorkling. Pergi saja Jesselton Point ada banyak syarikat yang offer boat trip to Pulau Manukan. Kat sini tak banyak ikan yang boleh tengok, banyak coral dah mati jadi ikan pun tak banyak. Kalau nak yang ok boleh buat boat snorkling tapi mahal sikit dan coral2 lebih terpelihara dan banyak ikan. (Setting action cam salah, date stamped 2016 tapi actually around July 2017

Juvenile black spotted puffer fish in between coral

Ikan hitam belang puten ni memang banyak. Nampak juga botol pastik kt bawah tu.

Sebahagian coral yang masih hidup, itupun di tempat dalam, kalau cetek dah lama mati.

Padangan dari atas coral yang masih dapat lihat di sini

Ikan-ikan yang tinggal di coral-coral tepi pantai Pulau Manukan. Diorang takut dengan aku ni, kejap ja lepas tu diorang sembunyi.

Pandangan dari atas sebahagian coral yang masih wujud

Ikan-ikan di kawasan snorkling 


Ikan-ikan di bawah jetty

Pandangan kawasan snorkling pantai Pulau Manukan dari atas, kebanyak coral sudah rosak


Ikan di belakang coral


Nampak macam Nemo, tapi bukan ni sebab Nemo (Anemone clownfish) biasanya hanya hidup dengan anemone

Nampak sarung tangan getah dekat bawah??

Coral yang entah berapa lama boleh hidup??


Lucky shoot, more than 2 species at once

Ikan takut, terus dia sembunyi


Sea urchin banyak dekat bawah, kena kaki memang menangis korang balik

Sea urchin dan salt water catfish kalau tak salah, macam mana sesat datang sini ntah.

No comments:

Post a Comment