Pages

Saturday, November 11, 2017

Pengalaman ambil diving license

Kenapa ambil diving lisence?

Aku ambil lesen diving sebab nak tengok underwater world yang sangat indah. So mula plan dengan kawan sejak dari 2015 lagi. Tapi tak menjadi sehinggalah tahun 2017. Last2 ambil sorang2 sebab yang lain tak dapat nak commit.


First dive memang exhilarating. Underwater mesmerized me that it immediately get me hook up. First license ambil masa April 2017 di Miri, Sarawak, then September 1 trip fun dive (di Miri juga). Pada september juga aku ambil Advance license dengan Nitrox sekali (di Kota Kinabalu).

Macam mana nak ambil license dan kos diving license?

Just contact dive center yang offer dive certification. Diorang akan beri semua maklumat dengan detail melalui email. Untuk pengetahuan ambil diving license ni memang mahal!!! So hanya passion pada underwater saja yang dapat mengubati duit2 yang melayang digunakan untuk diving. Berikut adalah kos2 diving licence yang aku ambil.


  • PADI Open Water (CoCo Dive, Miri, http://www.divemiri.com/), RM 1390
  • PADI Advance Open Water (RM 945) + Enrich Air Nitrox (RM 365) + TARP Fee (RM 21.20) (Borneo Dream Travel & Tours Sdn Bhd, https://www.borneodream.com/)
Pandangan belakang license2 yang aku dah dapat (Open Water Diver, Advance Open Water Diver & Enrich Air Nitrox)

Macam mana course dijalankan?

PADI Open Water

PADI Open Water Manual, RPD manual & RPD, logbook. Yang semua korang akan dapat.
Yang ni adalah schedule aku masa ambil course Open Water Diver

Day 1: Start dari 8am sampai pukul 5pm kelas teori + knowledge review + quiz + exam. Setiap kali habis teaching video aku kena buat knowledge review dan quiz. Knowledge review purata soalan dalam 10-15 soalan. Quiz pun jumlah soalan lebih kurang sama iaitu ~15 soalan (if I recall correctly). Soalan2 boleh consider agak heavy juga. Last skali sebelum balik buat exam. Markah lulus 75%. Aku lulus dengan cemerlang.

Tips: Sebelum attend course ni aku dh try out soalan2 ramalan dekat sini https://play.google.com/store/apps/details?id=com.boboshi.scubaexam . Ala macam time exam SPM dulu2.

Day 2: Hari ni pool skill session. Instuctor review skill yang aku kena buat contonya mcm boyancy control, mask clearing skill, CESA (Control Emergency Accent), BEA (Bouyant Emergency Accent), rescue procedure, etc. Yang ni pun dari 8am-5pm. (p/s pakai sun screen, kalau tidak memang lepas course hitam legam la korang). Instructor akan ajar sampai betul. Kesian pula kt instructor aku, dia ni dari UK, ada part yang dia kena repeat banyak kali sebab aku tak dpt tangkap mesej dia, lagi2 underwater. Lagipun dia punya slang tu memang susah aku nak pick-up. 

Ehem lupa pula ada swimming test 200 meter & floating test 10 minutes. Korang buat lah gaya apapun asalkan boleh berenang 200 meter & float 10 minutes. Aku memang dah plan benda2 ni. 6 bulan sebelum ambil license aku dah belajar berenang dekat public pool dan berlatih swimming & floating. Aku berjaya buat dengan excellent 😎😎

Day 3 + 4: Hari ke 3 dan 4 semua ulang balik skill2 yang buat dekat pool tapi this time semua buat di tengah2 laut (open water) . Skill2 tu sekejap saja, lepas tu FUN DIVING 😆😆. Instructor bawa aku jalan2 (ehh berjalan pulak, menyelam baru betul..) tengok ikan bla2... memang aku sangat impressed first time diving. Tengahari dalam pukul 2pm aku dah balik. Mana ada orang dive dari 8am-5pm. Ikan boleh la.

Kanan sekali Instructor aku. Baru jadi instructor so aku first student dia. Yang tengah2 tu student juga.

Hari terakhir Instructor minta semua relevant info sebab nak register pemegang license scuba. Certification card biasanya sampai dalam masa 3 minggu. 

I'm the worst kalau bab2 ambil gambar. Memang aku tak pandai nak posing2

PADI Advance Open Water

Advance Open Water Diver course dijalankan untuk 2 hari. Takda exam, tapi sebelum start dive kena baca manual dan jawab soalan2 knowledge review at least the day before dive day. Untuk advance license, Underwater Navigation & Deep Diving adalah specialty wajib diambil dan baki lagi 3 boleh pilih sendiri tapi bergantung kepada jenis course yang dive center offer (total 5 specialty dan 5 dive). Selain dua yang wajib tu aku ambil Peak Performance Bouyancy, Discover Nitrox dan Fish Identificaton.

Day 1: Fist day instructor brief perkara2 yang akan dia assess dan plan pada hari  tersebut. First day aku dive guna 32% Nitrox tank. So sebelum dive kena analyze oxygen content. Lepas tu 2nd dive buat Peak Performance Buoyancy. Third dive aku buat Underwater Navigation. Pandai instructor aku, dia pilih tempat dengan current kuat. Memang struggle aku nak buat skill. Nak stay still memang tak dapat sangat. Hari ni juga dia check soalan2 samada aku buat atau tidak. Nasib aku sempat buat malam sebelum dive. Sudah la aku ambil manual last minutes. Korang jangan buat macam ni, nanti tak pasal2 kena extend. 

Amir (AOW Instructor), aku tengah2, kanan sekali Basir


Day 2: Hari ni aku buat Deep Diving dan Fish Identification. Fish ID aku suka sebab kalau diving tak kenal ikan2 yang korang jumpa memang tak dapat communicate dengan orang lain. Boleh describe saja tapi tak boleh bagitau dengan tepat jenis2 ikan. Deep diving aku berjaya buat sampai 24.5 meter. Nak dive lebih dalam tak dapat sebab visibility very limited.

Diver2 lain yang join fun diving. Aku sorang saja ambil license. Yang baju merah tu Basir dive guide yang bawa mat salleh2 ni pergi diving. Yang pakai baju hitam sebelah aku Instructor Amir. 

So habis la Advance Open Water Diver Course selama 2 hari. Sebelum balik instructor minta detail untuk register pemegang license. 

Enrich Air Nitrox (EAN)

EAN course aku ambil pada hari yang sama dengan Advance Open Water. Course ni dry course, maksudnya untuk nak dapatkan license hanya perlu ambil exam tak wajib untuk dive. Tapi alang2 aku dah ambil Advance Course so first day aku dive dengan nitrox tank dan second day aku ambil exam. Yang ni pun soalan dia mencabar juga tapi aku berjaya juga lulus. 😎😎

Advance Open Water Diver Manual & EAN. Actually aku ada buku EAN tapi aku tertinggal dalam boat. So ini saja yang aku dapat bawa balik

Pulau Manukan

Yang kali kedua aku pergi pulau manukan. First time masa 2014 aku dengan kawan turun ke KK dari Keningau. Yang 2nd ni kira macam lepas gian 😵😵 sebab masa tu lama tak diving. Murah ja nak pegi Pulau Manukan hanya RM30++ pergi dan balik. Kat sana ada banyak aktiviti boleh buat, aku cuma pergi snorkling. Pergi saja Jesselton Point ada banyak syarikat yang offer boat trip to Pulau Manukan. Kat sini tak banyak ikan yang boleh tengok, banyak coral dah mati jadi ikan pun tak banyak. Kalau nak yang ok boleh buat boat snorkling tapi mahal sikit dan coral2 lebih terpelihara dan banyak ikan. (Setting action cam salah, date stamped 2016 tapi actually around July 2017

Juvenile black spotted puffer fish in between coral

Ikan hitam belang puten ni memang banyak. Nampak juga botol pastik kt bawah tu.

Sebahagian coral yang masih hidup, itupun di tempat dalam, kalau cetek dah lama mati.

Padangan dari atas coral yang masih dapat lihat di sini

Ikan-ikan yang tinggal di coral-coral tepi pantai Pulau Manukan. Diorang takut dengan aku ni, kejap ja lepas tu diorang sembunyi.

Pandangan dari atas sebahagian coral yang masih wujud

Ikan-ikan di kawasan snorkling 


Ikan-ikan di bawah jetty

Pandangan kawasan snorkling pantai Pulau Manukan dari atas, kebanyak coral sudah rosak


Ikan di belakang coral


Nampak macam Nemo, tapi bukan ni sebab Nemo (Anemone clownfish) biasanya hanya hidup dengan anemone

Nampak sarung tangan getah dekat bawah??

Coral yang entah berapa lama boleh hidup??


Lucky shoot, more than 2 species at once

Ikan takut, terus dia sembunyi


Sea urchin banyak dekat bawah, kena kaki memang menangis korang balik

Sea urchin dan salt water catfish kalau tak salah, macam mana sesat datang sini ntah.