Pada 2nd week of July 2017 aku pergi Mantanani Island. Sebenarnya nak cover aktiviti yang perlu diluangkan di Kota Kinabalu sebab tiket flight telah pun aku beli. Mulanya nak beli mask dan fin untuk scuba diving, tapi aku dah pun beli awal bulan Jun lepas. So aku ambil snorkling trip dan merasmikan mask serta fin yang aku beli bulan lepas. Aku ambil package ni dengan Tadzmahal Travel & Tours Sdn Bhd. Lokasi diorang dalam Wisma Sabah (
https://goo.gl/maps/eWJBQVBMqqN2).
Aku bayar RM 240 untuk full day trip. Iternary secara general seperti berikut. (Picture taken using EKEN H9R and underwater color edited with GIMP 2.0 because I did not bring red filter)
|
Pemandangan pantai Pulau Mantanani Besar |
|
Gambar boat yang diambil underwater |
- 7.30am: Pick up dekat penginapan. Diorang yang akan ambil kita di hotel yang kita menginap. (Aku sorang saja orang melayu, 1 couple chinese Malaysian, bakinya aku boleh comfirm chinese outside Malaysia dan Korean)
- Sampai dekat Jetty Kota Belut lebih kurang dalam 10am lebih. Tunggu dalam 15 minit kitaorang pun naik boat.
- Perjalanan dari Jetty ke Pulau Mantanani hampir 1 Jam.
- Sampai sana tukar pakaian untuk snorkling. Ambil masa lebih kurang 15-20 minit supaya semua orang siap.
- Naik boat semula dan bertolak ke snorkling area. Disebabkan yang ni adalah snorkling from boat jadi coral dekat sini memang terperlihara. Tak ada yang coral yang rosak untuk first snorkling site. Diorang bagi masa 30 minit untuk snorkling. Lepas tu tukar site.
- Second site diorang bawa pergi tempat yang lebih cetek. Malang sekali sebab tempat cetek maka sangat mudah untuk tourist merosakkan coral dekat sana. Kalau tempat yang lebih dalam memang susah tourist merosakkan dengan sengaja. Yang ni pun 30 minit masa snorkling dia
- Lepas habis snorkling pergi Mantanani Island besar untuk lunch. Dekat sinilah nak bersihkan badan, tukar baju dan berehat sebelum balik ke destinasi masing-masing.
- Sampai dekat Jetty dah hampir pukul 4 petang dan sampai KK pula dah hampir pukul 6pm
|
Hard coral almost 99.9% |
|
Small fishes |
|
Disebabkan ramai tourist yang ikut pemandangan snorkling juga ada kaki-kaki manusia |