Bagi orang semenanjung yang mendapat penempatan di Keningau (Cikgu, Dokter, Jururawat, Farmasi dan bermacam lagi) especially first posting mesti korang akan terfikir macam kehidupan di Keningau dan macam mana nk pergi Keningau.
KK-Keningau dalam 1jam 55 minit (Google Map) |
Kota Kinabalu - Keningau
Biasanya kalau aku dari Airport aku akan naik teksi pergi Terminal Padang Merdeka (Airport - Padang Merdeka RM30). Boleh juga naik bas (RM 5) kalau korang tahu Padang Merdeka yang mana satu sebab bas Airport jenis bas berhenti-henti bukan express okey ( bukan one destination sahaja).
Suasana Terminal Bas Padang Merdeka |
Di Padang Merdeka bianya aku akan pilih Bas sebab murah Sikit (Padang Merdeka - Keningau RM15). Bas Paling frequent bas Tung Ma Nui Luk kalau tak salah aku. Kalau korang naik teksi dari Padang Merdeka maybe dalam RM30 saja tambang. Tapi suka hati korang la nak naik apa pun. (naik la bas mana pun janji sampai Keningau, lepas tu pandai-pandai la survive)
Bas Tung Ma Nui Luk |
Kalau Korang tinggal hotel pun lebih baik pergi Padang Merdeka dahulu sebelum mulakan perjalanan ke Keningau, sebab takut kena cas kow2. Silap-silap haribulan beratus ringgit hilang sebab nk pergi Keningau punya pasal.
Perjalanan biasanya hampir 2 jam juga. Paling cepat maybe 1jam 30 minit. Kalau first time datang Keningau enjoy la view Banjaran Crocker ye..
p/s: jangan la korang pandai2 drive pergi keningau sorang-sorang especially first timer ( Jalan Kimanis yang bahaya )
Even though the highway boasts for its relatively short length and very good condition, it is notorious for its very steep gradients along the way, ranging from 10% to about 25%, making the Kimanis–Keningau Highway as the steepest highway in Malaysia.[2][3] As a result, climbing road lanes are provided at steep sections.(Time aku keja kt keningau dulu steepest pun 19%, dengar cakap diorang dh potong bukit supaya perjalanan takde lah bahaya sangat)